Polis Johor berjaya menahan enam suspek sindiket dadah, yang menggunakan perkhidmatan ejen pengangkutan lori untuk menghantar bekalan ke negara jiran.<br /><br />Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dadah berkenaan dibungkus dan disembunyikan di dalam kerusi kayu bagi mengaburi pihak berkuasa.
